Even Steven


Buku seterusnya adalah.. sebuah novel english yang bertajuk Even Steven. Penulis novel ini adalah John Gilstrap.. Beliau merupakan seorang penulis untuk novel "thriller" . Pernah bekerja sebagai pakar bahan letupan, ahli bomba, sebelum menjadi seorang penulis. Buku ini mengisahkan pasangan Bobby dan Susan yang masih belum lagi mendapat anak. Bagaimanapun kisah malang mereka bermula apabila mereka berkhemah dan menjumpai seorang budak lelaki . Budak lelaki tersebut telah diculik oleh seorang penculik yang kejam. Bobby dan Susan sedaya upaya mereka cuba untuk menyelamatkan budak tersebut. Buku ini juga padat dengan kisah penculikan , pembunuhan, cinta dan juga misteri.

Buku ini hanya setebal 174 muka surat.

" Susan Martin thinks the little boy is the answer to her prayers. Her husband, Bobby, isnt so sure. They dont know it yet, but the time to pray is just beginning...
" It was meant to be a healing few days in the great outdoors. but for Bobby and Susan Martin the wild mountains of West Virginia are exactly the wrong place to be. Because without knowing it,they have just walked into the middle of someone nightmare."

3.5/5

Lasykar Pelangi


Merupakan karya novel pertama penulisnya Andrea Hirata. buku ini diterbitkan pada tahun 2005 dan telah dicetak semula sebanyak 2 kali. Ini merupakan novel dari Indonesia. Novel ini menceritakan kehidupan keluarga miskin yang bersekolah di Muhammadiyah di Pulau Belitong. Watak-watak didalm novel ini adalah Ikal,Lintang,Sahara,Mahar, A Kiong, Syahdan,Kucai,Borek,Trapani dan Harun. Mereka menggelarkan diri mereka Lasykar Pelangi. Pada bahagian akhir cerita, seorang ahli baru hadir yang bernama Flo menjadikan mereka semua 11 orang.

Lasykar Pelangi merupakan buku pertama dari tetrologi Lasykar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi,Edensor dan Maryamah Karpov. Pada tahun 2008 Lasykar Pelangi telah dijadikan filem.

Terima kasih buat Hazim sebab sanggup pinjamkan buku ni kepada aku..secara kesimpulannya..bagi mereka yang pernah menonton filem tersebut,lebih baik membaca novel ini..semuanya diterangkan da diceritakan dengan lebih mendalam..pertama kali membaca novel dari Indonesia dan bahasa dan metafora yang digunakan masih boleh difahami.

4/5


Why I Skipped Class



Kali ni buku mengenai "educational system" di malaysia, buku ni aku beli secara online.. penulisnya ialah Jay Tiew Jin Jie dan Rahayu binti Tasnim.. buku ni banyak menceritakan -ve nya educational system yang kita guna pakai. dimana semuanya hanya mahukan "A" dalam sesuatu subjek..pengalaman yang kita lalui sebenarnya adalah perkara yang paling beharga dan itulah ilmu yang patut diberi perhatian..Sistem kita sejak sekolah sampailah ke universiti..semuanya adalah A dan nombor sahaja..banyak lagi perkara menarik yang diterangkan dalam buku ini.. bahagian yang paling menarik ialah bila penulis memberi tips menghadapi exam dan bagaimana menghadapi atau mencabar mereka yang jenis suka menghafal..buku ini hanya setebal 91 muka surat..

ayat terbaik dari buku ni

" The problem i like to point out here is,in school we are told to memorize "fact and right" answer. However there is little emphasis on finding the right answer or questioning the source of the answer from someone with status and authority, such as our teacher..

How much excitement can you get if your job is to have all the right answer all the time? that is what happening in school . "

walaupun bukunya nipis..tapi isi dan jalan ceritanya diolah dengan baik...

3.5/5